Datuk Bandar Pasir Gudang

Datuk Bandar Pasir Gudang merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Johor, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Pasir Gudang, iaitu Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang selepas penaiktarafan status Pasir Gudang daripada bandar kepada bandar raya pada 22 November 2020[1].